Friday, 17 April 2015

KAWAN BUKAN SATU, tapi..SAHABAT..biar kasih berSATU...(2)

so can you see the different?

rasulullah berkata:

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
tahniah kalau kalian dalam golongan ni :D (salute lah!!)

Bismillah, sebelum tu, the answer to why we must learn how to be a good sahabat is, so that we will get the same thing in return..Aamiin


Baiklah, jadi cara-cara untuk menjadi sahabat yang baik adalah seperti berikut:

PENDENGAR YANG SABAR:
Kita kena terima kawan kita seadanya dan dalm kata yang sama sekaligus perlu dengar apa yang dia luahkan pada kita (kalau tanak, spe suruh awak kawan dengn dia). Agak susah dan kadang-kadang kita mungkin akan rasa cerita dia menjengkelkan (jangan perasan yang awak tak pernak menjengkelkan) tapi setiap kejengkelan yang awak dengar disertakan dengan sabar tu akan dapat pahala so, dun worry cause "what you give you'll  get back". Dan sahbat kita tu akan rasa sangat beruntung bila ada orang yang sudi luangkan masa dengan dia.
1. beri nasihat dan jangan merendah-rendahkan
 2.jangan buka cerita pada org lain (aib)
supaya nanti kita akan rasa nikmat bersahabat :D


BANTU SELAGI MAMPU
Subhanallah :") terharukan bila orang lain mendahulukan kita? Itulah yang sahabat kita akan rasa saat kita mendahulukan dirinya.


Allah berfirman di dalam Q.S Al Maidah 5 : 2 yang berbunyi sebagai berikut
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ [٥:٢]
Yang artinya berbunyi sebagai berikut, “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya

But then you must remember to first help yourself. Sebagai contoh dalam pelajaran, "kita takkan mampu tolong orang lain kalau kita tak mahir subjek tertentu" . Jadi kite perlu pandai bahagikan masa. Mungkin kita boleh minta tangguh untuk beri bantuan dengan sebab "andai kita membantu akan jadi lebih parah sebab kita tak mampu". Tak kiralah parah pada U atau I. boleh dikatakan macam nilah SAHABAT YANG UTAMA TAPI KITA BUKAN YANG KEDUA. Ataupun :

contoh situasi:

"eh ko boleh ajarkan aku ni x?"
"oww ni ak tak reti lagi la..takpe2 ak boleh bgi ko pinjam nota yang ak sempat salin tadi"
"huh, thanks bruh! KAUla sahabat fi dunya wa akhirat ak"

3.BAHASA TUBUH (pamerkan kasih sayang)
Yang ni berkaitan dengan cara kita berdepan dengan sahabat kita. SENYUM la walaupun senyum kambing bila berjumpa dngan kawan, ala..kalau perempuan jumpa, laga2 pipi..yang lelaki angkat tangan then salam. Kalau dia ajak bersembang dan kita tak free masa tu, terangkanlah keadaan kita, InsyaAllah dia faham (tapi jangan la dok sibuk memanjanggggggggggg) jangan pula buat muka benci. ;\ .

4. TERAPKAN NILAI ISLAM DALAM DIRI
Back to the basic. bila bersahabat kena ikhlas. kita kena rujuk bagaimana Baginda Rasulullah S.A.W. besahabat. Ya Allah, kita semua memang tak boleh lari daripada keretakan dalam persahabatan. Tapi kita kne ingat itu semua dari syaitan. Syaitan tak suka kita bersahabat kerana ALLAH. Ingat tak apa janji syaitan? Dia nak heret kita sama2 masuk HELL. Jadi bersabarlah dalam bersahabat. Bersahabat ada pasang surut tapi selagi sayang kita pada dia Allah akan pelihara. Oh ya! Jangan lupa doakan SAHABAT kita.
Assalamualaikum. Salam sayang mR.

sayu lah jugak lagu ni #deepmaknanya



Thursday, 16 April 2015

KAWAN BUKAN SATU, tapi..SAHABAT..biar kasih berSATU




"Hai spongeeeeeboobbb"
"Hai Paaaaatriikkkk"
"awak gemok Patrik"
"saya tahu :"D!! dan awak pendek Spongebob"
"awak selalu ckp tu...haha :"D!!..jom tangkap jellyfish"
"jom!"

Assalamualaikum semua!!
jom layan Spongebob si Seluar petak (tak boleh lupa suara spongebob yang gelak dengan suaranya yang penyek)

pernah dengar org cakap kawan kat fb berjuta, kawan sembang berpuluh, tapi sahabat tu sorang je kan?
memang itulah lumrah kehidupan! bila kita ni diperlukan, ipong 6 pon kawan boleh bagi dua puluH!!tapi bila kita tengah susah diorang pandang kite kecik besar, kecik besar, kecik tak besar-besar!

Astaghfirullah, entri ni bukan nak ajak kite semua TB (throw back) kenangan masam pahit tu, ataupun bukan nak ajak timbulkan balik sakit hati dekat kawan yang dah buat jahat dengan kita and entri ni bukan nak ajar proses balas DENDAM.

dendam jangan pendam,
tapi dendam perlu dipadam.

tapi entri ni na ajak semua baiki diri, supaya kita dapat jadi SAHABAT yang baik dan solehah. Sebenarnya sedih dngan apa yang selalu jadi  sekeliling kita, semuanya ibarat bermuka-muka.
Biasanya di akhir mesej dengan kawan "i miss u", "i love u" "uhibbuki fillah(kalau yang islamik sikit)". hurmm...
 tapi korang tau tak, kadang2 kawan korang yang dapat mesej tu curiga..betulke korang sayang dia?
tapi dia pun balas jugak "and me too" ahah!!! 2 kali 5 sepuluh sama ***sama***..aippp haha...

Astaghfirullah..tak salah tindakan tu, InsyaAllah dapat pelihara ukhuwah tapi kita perlukan sahabat, kita kena semarakkan persahabatan dengan KEPERCAYAAN. (macam spongebob bukan macam CatDog..satu badan tapi begaduhnya.. Allah)

(berjaya juga panjangkan intro)
Back to topic, macammna nak jadi SAHABAT?
 oraittttt...sambung nanti dalam entri lain.
Assalamualaikum :") salam sayang mR.

Wednesday, 15 April 2015

ABC @TAU DEFG?

ABC yang dimaksudkan adalah "ALLAH BAGI CUTI" seperti yang kita ketahui istilah ini biasa digunakan bagi menggantikan istilah datang bulan, dan DEFG yang dimaksudkan adalah istihadhah. Khusus untuk adik-adik yang amat disayangi Keluarga mR, termasuk adik-adik yang masih keliru dan baru melangkah kaki ke alam remaja, pada entri ini kita akan membincangkan isu istihadhah dan haid secara ringkas agar mudah difahami :D.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, kita straight to the point:
1. Tepoh haid
2.Bagaimana membezakan haid dan istihadhah
3. Kiraan tempoh istihahdhah

Sebagai peringatan dan amaran!! mulai detik dan saat ini, kita SEMUA perlu buka mata (tepuk pipi)...sampai bila kita nak leka dan ambil mudah dengan perkara ni?

                                AMBIL MUDAH=MENYUSAHKAN DIRI(huh??)
why??
cause it is related to our IBADAH!!!

Sebelum itu mR sisipkan mengenali istihahdhah di SINI  dan SINI (baca ye ^^)
 ringkasan daripada link diatas dapat disingkatkan bahawa terdapat 3 cara untuk membezakan haid dan istihadhah (guna formula: TETAP SIFAT BIASA)
    
1.TETAP: haid kebiasaan tempohnya tetap pada setiap kali haid contohny 7 hari
                 (nah, kalau tiba2 datang 10 hari maknanya istihadhah lah tu)
2.SIFAT : sifat darah berbeza
               
warna darah haid (credit: buku fiqh perubatan)

warna darah istihadhah (credit: buku fiqh perubatan)



3.BIASA: ukur tempoh haid kita berdasarkan kebanyakan wanita
                 (famili or kawan2)
                 tempoh minima haid adalah 1 hari 1 malam dan maksimum 15 hari (mazhab syafiee)


Dan selain itu, untuk kenalpasti istihadhah ada juga kemungkinan yang berikut:



sedikit Q&A daripada blog INI
SOALAN
Assalamualaikum Dr.,
Saya ingin bertanya.
Tempoh cycle saya yg biasa selalunya 27-28 hari, dan saya mengalami haid selama 6-8 hari. Itu yg normal bg saya.
Baru2 ini, haid saya dtg lebih awal, iaitu selepas hari ke-24 cycle saya. Maka saya kira ia sbg haid. Namun ia hanya berlaku selama 3 setengah hari sahaja. Kemudian tiada darah yg keluar, maka saya mandi wajib. Setelah 11 hari suci, hari ini sy dapati ada darah yg keluar. Sy juga mengalami cramps, stress dan lenguh2 badan, sama seperti simptom2 yg sy hadapi sebelum datangya haid.
Soalan saya, adakah darah yg keluar hari ini merupakan darah istihadhah, ataupun sebaliknya? Saya ada baca satu artikel yg mengatakan darah istihadhah ini merupakan mainan syaitan, namun sy tidak pasti akan kesahihannya.
Minta penjelasan drp doktor.
Wslm.

PENJELASAN
  nampaknya ada banyak soalan tentang istihadah tapi saya tak reply.
Hal istihadah memang sangat memeningkan golongan wanita.
Apa yang perlu dibuat ialah,
– mula-mula kena pastikan betul2, yang mana haid, yang mana istihadhah… tengok la pada timing dia, warna & rupanya
– kemudian pastikan jarak antara satu-satu haidh itu sekurang-kurangnya 15 hari. Jadi, apa2 darah atau kotoran yang keluar dalam tempoh 15 hari tu dikira sebagai istihadah.
Kena ingatlah, bahawa minimum tempoh suci ialah 15 hari (jarak minimum antara 2 haidh), tapi, tiada tempoh maksimum antara 2 haidh.
Perlu diingat juga bahawa tempoh maksimum haidh ialah 15 hari. Maksudnya, kalau lepas 15 hari, masih ada darah atau kotoran, maka ia dikira sebagai istihadah.


WAllahu'Alam.
mR ada sediakan brochur untuk memudahkan nota bagi sesi usrah, jika berminat sila e-mailkn kepada
mawaddahring@gmail.com

Tuesday, 14 April 2015